Wednesday, 21 December 2011

Kenangan Pelajar 4 Beta Sesi Persekolahan 2011

Tanggal 6 Januari 2011 iaitu hari Khamis, beberapa hari selepas minggu orientasi bermula, seramai 28 nama dipanggil untuk berada di dalam kelas Beta (4Sains2).. Ketika jam menunjukkan hampir pukul 11:30 pagi, kesemua 28 pelajar ini dibenarkan untuk masuk ke kelas.. Ketika di dalam kelas semua pelajar perlu memastikan kelas dibersihkan dari habuk-habuk dan sampah.. Beberapa minit kemudian guru kelas 4 Beta iaitu Puan Dayang Sunarti mula masuk ke kelas untuk memulakan sesi berkenalan dan perlantikan AJK-AJK kelas.. Pada ketika itu seorang lagi ahli diberitahu akan memasuki kelas ini dan akan menjadikan kesemua bilangan pelajar seramai 29 orang.. Hari demi hari semua pelajar melalui detik suka dan duka, peperiksaan dan lain-lain lagi.. Sehinggalah tarikh 18 November 2011, kenangan berada di dalam kelas 4 Beta akan sentiasa tersemat di hati.. Terima kasih juga kepada cikgu Dayang dan juga cikgu-cikgu yang lain kerana menjaga dan mendidik kami selama ini.. Diharap semua jasa cikgu tidak akan dilupakan dan dibalas satu hari nanti..